Eksklusif : Spesifikasi Penuh Proton X50

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba buat rakyat Malaysia yang tertanya-tanya berkaitan harga, spesifikasi, varian dan warna bagi Proton X50.



Masakan tidak, ini kerana, Proton X50 dikatakan bakal menjadi ‘bad boy’ dalam pasaran automobil negara. Astro AWANI berjaya mendapatkan maklumat awal berkaitan perkara-perkara tersebut daripada sumber yang dipercayai.

 Hari ini merupakan pra-pelancarannya di Tanjung Malim yang akan dihadiri pengamal media yang dibenarkan membuat liputan dan melihat secara dekat Proton X50. SPESIFIKASI ASAS Proton X50 mempunyai empat varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship.

 Didatangkan dengan enam warna jet grey, ocean blue, passion red, silver dan oren. Mempunyai empat mod pemanduan iaitu standard, eco, sport dan terkini, mod khas. Selain itu, mempunyai enam beg udara bagi ciri keselamatan. Ruangan lapan pemegang cawan, 3+1 USB, dua tone warna untuk varian premium dan flagship.

 SPESIFIKASI ENJIN 

 Enjin SUV ini dibangunkan 100 peratus oleh Volvo menggunakan enjin model XC40. Menggunakan enjin 1.5 liter disertakan dengan turbo (mengikut varian) serta transmisi tujuh gear. Timing belt dikemaskini daripada model-model terdahulu sekaligus mengurangkan getaran pada bahagian enjin dan dashboard. Bagi penggunaan petrol pula, satu liter mampu bergerak sejauh 16 kilometer (6.4 liter untuk 100KM).



 CIRI-CIRI EKSKLUSIF

 Proton X50 didatangkan dengan ciri-ciri eksklusif antaranya mempunyai sistem mengesan manusia dan objek, berbeza dengan X70 yang hanya mempunyai sistem mengesan objek sahaja. ‘Sunroof’ hanya kepada varian Premium dan flagship sahaja, 90 peratus tinted dan dilindungi sinaran ultra violet (UV).

 Ciri-ciri lain termasuk Advance Driver Assistance System (ADAS) 2.0. Bagi kelengkapan kamera, varian standard kamera hadir pada bahagian depan dan belakang kenderaan sahaja manakala Executive ke atas mempunyai kamera 360 darjah.

 Voice command pula kini bersuara perempuan berbeza dengan Proton X70 yang menggunakan suara lelaki. Untuk model premium dan flagship Infotainment (10.25 inchi) manakala standard dan executive (8 inci). Antara ciri eksklusif lain juga adalah penggunaan aplikasi Proton yang boleh melakukan beberapa perkara dan ini termasuk mengawasi kereta, mengetahui lokasi kenderaan, menghidupkan enjin walaupun berada jauh dari kenderaan, melihat pintu telah dikunci atau tidak, memeriksa angin tayar dan jumlah petrol yang masih ada.

 Ciri Eksklusif paling ‘gempak’ pertama bagi Proton X50 ialah parkir automatik (auto parking) yang boleh memudahkan pemandu masuk ke kotak parkir dengan sendirinya tanpa perlu memegang stering dan sudah pasti kemudahan ini yang ditunggu-tunggu kaum hawa.

Manakala ciri eksklusif kedua ‘tergempak’ Proton X50 ialah pemanduan automatik yang membolehkan kenderaan ini mengikut arah yang dipandu kereta di hadapannya dan sangat sesuai untuk mereka yang gemar berkonvoi.


 Selain itu, terdapat juga ciri ‘Lane departure’ yang membolehkan kenderaan sentiasa mematuhi dan berada dalam laluannya, sekiranya tersasar ia akan berbunyi dan stereng akan bergegar. Sekiranya berlaku kemalangan ia dibina untuk keselamatan automatik membolehkan lampu kecemasan bernyala, bahagian enjin akan jatuh dan tertutup sendiri. Perbezaan dengan Honda HRV hanyalah ruang bonet belakang. 

Seteru utama kepada tiga kereta Mazda CX-3, Honda HRV dan Toyota CHR. Harga bagaimanapun terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab persaingan pemasaran, namun akan didedahkan secara rasmi oleh Proton apabila tiba masanya. Lebih ruang, lebih kuasa dan lebih pintar, itulah Proton X50 - Awani

No comments:

Post a Comment